BAHAN2:
1 lelaki sihat,
1 wanita sihat,
100% komitmen,
2 pasang restu orang tua,
1 botol kasih sayang murni.
PERISA:
1 sebuku besar humor,
25 gram rekreasi,
1 bungkus doa,
2 sudu teh telefon,
5 hali ibadah per hari.
* semua nya diadun rata dan mengembang.
TIP:
- pilih lelaki dan wanita yg benar2 matang dan seimbang.
- jgn yg satu terlalu tua dan terlalu muda krn ia dpt mempengaruhi kelazatan (sebaiknya beli di pusat membeli belah yg bernama TEMPAT IBADAH, walaupun mahal mutu nya terjamin)
- jgn beli di pasar yg bernama DISKO @ PARTI, walaupun model nya murah dan cantik ia akan merosakkan dan membahayakan kesihatan sepanjang hayat juga akhirat.
- gunakan kasih sayang cap DAKWAH yg telah mendapat kebenaran dan penghargaan ISO Kementerian Kesihatan Kerohanian.
CARA MEMASAK:
- lelaki dan wanita dicuci sehingga bersih, dan dibuang semua masa lalunya sehingga tersisa niat yg murni.
- siapkan loyang yg telah disapu dgn komitmen dan restu org tua dgn rata.
- masukkan niat yg murni dan panggang dgn api yg rata di depan penghulu.
-dibiarkan di dlm loyang dan disirami dgn perisanya.
- kek siap utk dinikmati...
CATATAN:
Kek ini dpt dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling enak dinikmati semasa hangat. Kalau sudah sejuk maka harus ditambah humor nya, rekreasi sesuai selera, serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi di ketuhar berjemana "TEMPAT IBADAH". Setelah mulai hangat, jgn lupa bertelefon bila berjauhan. Selamat mencuba dijamin HALAL...

